Assalammualaikum,


Saya tulis main page untuk blog ni setelah hampir 2 tahun saya mewujudkan blog ni. Ini adalah kerana mengisi masa lapang, ketika dalam notis 2 minggu sebelum saya berubah ke syarikat baru. Kiranya macam lepak-lepak sikit la time ni.
Ok, blog saya ni menceritakan tentang diri saya, apa yang terjadi terhadap sekeliling dan anything yang terlintas di fikiran saya untuk saya kongsi bersama. Mungkin ada yang tak setuju dengan penulisan saya. Saya pun tak mengharapkan semua orang setuju dengan apa yang di utarakan. Jika tak suka, tegur saja. Saya sedia menerima sebarang
komen.

Saya akan cuba mengupdate blog sekerap mungkin, walaupun saya tahu tak ramai yang membaca blog saya ni. Mungkin bilanganya hanyalah tidak lebih dari bilangan jari di tangan kiri saya saja. Tapi macam dah jadi hobi pulak menulis blog ni. Itu pun kalau ada benda-benda menarik yang nak diceritakan. Kalau tiada idea, memanglah tak boleh nak tulis apa-apa.

Let's talk about me.Saya seorang Jurutera Peralatan(Equipment Engineer) di sebuah kilang di kawasan senawang yang going to be an Information System Engineer di kilang di kawasan Shah Alam dalam masa lebih kurang dua minggu. Sebenarnya saya tak patut dapat title engineer tu, sbb saya bukan pelajar enginering pun. Tapi, tak kesah la, sedap je bunyinya. Saya dari Teluk Intan, Perak. A small town, but sangat senang pada saya. Love my home town!Saya ada 8 sibligs, 13 ank sedara. Famili yang besar kan? Sayang family saya. Terutama both my parent. Haji Yazid and Hajjah Fatimah. MUUUUUuuuAAAhhh! Sayang sangat!

Oklah, makin panjang pulak mukadimah ni. Just enjoy my blog ya..